Sunday, February 2, 2014

Asslamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas Baginda Muhammad, Rasulullah s.a.w. serta keluarga dan sahabat baginda seluruhnya. Ha, terima kasih la kepada semua yang sudi jenguk-jeguk blog yang tak seberapa ini. Niat di hati memang nak menulis dan memang pernah menulis pun tp blog yang lama dah hilang disebabkan lamanya tidak menulis. Alhamdulillah, setelah pulang dari berjalan-jalan melihat keindahan Allah serta mengeratkan silaturahim di Tawau,Sabah, untuk beberapa hari sepanjang cuti end posting, keinginan untuk menulis telah kembali. Walaupun, tak lama lagi akan menamatkan pengajian di universiti, Insya Allah, dalam blog ini, aku dengan rendah dirinya akan berkongsi beberapa perkara sekitar tarbiah dan dakwah walaupun ilmu tak ada la banyak tara mana sangat :)
Antara perkara yang aku akan berkongsi tentang bahan-bahan tarbiah (buku2, info dll) yang aku dah baca dan mungkin beberapa isu-isu semasa yang boleh kita sama-sama bncang dan jadikan panduan dan sebagai persedian untuk bertemu dengan Allah s.w.t. dan kekasih kita Muhammad bin Abdullah s.a.w. Kerana sebahagian orang yang beriman itu sedang menanti untuk melangsaikan janjinya dengan Allah s.w.t. Firman Allah:
33:23
“Among the believers are men true to what they promised Allah . Among them is he who has fulfilled his vow [to the death], and among them is he who awaits [his chance]. And they did not alter [the terms of their commitment] by any alteration”
al Ahzaab:23
ps:maaflah yer, design tak berapa nak cantik. Insya Allah, akan diperbaiki dari masa ke masa :)